RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Tarikh : 24 Februari 2012 Masa :
8.30 – 9-30 pagi
Hari : 2 Amanah Bil. Pelajar : 44 orang
Mata pelajaran :
Bahasa Malaysia
Tema : Sihat dan Cergas
Tajuk : Makanan Seimbang ( Piramid Makanan )
Fokus Utama :
Standard Kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara
semula dengan
tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang
sesuai.
1.5.1 Bercerita
tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk
Standard Pembelajaran
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat
tunggal yang
mengandungi dua
atau tiga suku kata diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan sebutan
yang betul.
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat
i ) bercerita tentang makanan seimbang
berdasarkan Piramid
Makanan
yang disediakan.
ii )
Membaca perkataan yang berkaitan dengan zat-zat makanan
iii) Menyenaraikan contoh-contoh
makanan berdasarkan zat
makanan
dan Piramid Makanan
Pengetahuan sedia ada
: Murid pernah mendengar istilah
makanan seimbang dan
jenis makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan
Seimbang
Konsep : Makanan seimbang penting untuk menjamin
kesihatan.
Nilai murni : Kepentingan menjaga kesihatan
Bahan Bantu Belajar :
Carta Piramid Makanan, makanan sebenar,
gambar makanan, kad
perkataan, manila kad, lembaran
kerja
Langkah/
Masa
|
Isi kandungan
|
Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
guru
|
Aktiviti
murid
|
|||
Set
induksi
(
3 min)
|
Contoh
makanan yang terdapat dalam kotak.
|
1. Guru meminta
murid meneka
makanan yang
terdapat dalam
kotak.
2. Guru bersoaljawab
dengan murid
mengenai makanan
tersebut
|
1. Murid menyatakan
makanan yang ada di
dalam kotak.
2. Murid menjawab
soalan mengenai
makanan tersebut.
|
KBKK
:
NILAI
:
Bekerjasama
ILMU
;
P
Kesihatan
DST
P.Islam
|
Langkah 1
( 7 minit )
|
Carta Piramid Makanan Seimbang
Zat-zat makanan :
- karbohidrat
- lemak
- protein
- vitamin
|
1. Guru mempamerkan
Carta Piramid
Makanan
Seimbang di papan
putih
2 Guru menerangkan
tentang Carta
Piramid Makanan
Seimbang dari segi
zat-zat dan contoh
makanan.
3. Bersoaljawab
dengan murid
mengenai Carta
Piramid Makanan
Seimbang
|
1. Murid meneliti
Carta Piramid
Makanan
Seimbang yang
dipamerkan di
papan putih.
2 Murid mendengar
penerangan guru
tentang zat-zat
makanan dan contoh
makanan berdasarkan
Carta Piramid
Makanan Seimbang.
3 Murid menjawab
soalan guru.
|
KBKK
|
Langkah 2
( 12 minit )
|
Aktiviti kumpulan :
a) Melengkap
kan
lembaran
kerja.
b) Menampal
gambar
makanan
mengikut
zat di atas
kertas
manila
|
1 Guru membahagikan
murid kepada 6
kumpulan.
2. Guru meminta setiap
kumpulan melantik
seorang ketua .
3. Guru memberi
arahan kepada
ketua
kumpulan untuk
menjalankan
aktiviti
kumpulan
|
1 Murid berada
dalam kumpulan
masing-masing
2 Salah seorang
Murid menjadi
ketua kumpulan
3. Ketua kumpulan
menyampaikan
arahan guru
kepada
ahli kumpulan.
|
KBKK;
ILMU ;
PKesihatan
DST
NILAI ;
bekerjasama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah 3
( 5 minit )
|
Ketua kumpulan
membentang hasil kerja kumpulan.
|
1
Guru
meminta ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
2
Guru
membuat pemurnian terhadap jawapan murid.
|
|
KBKK
Perbincangan
NILAI :
Berani
Kerjasama
|
Penutup
( 3 minit )
|
Rumusan :
Soalan-soalan
|
|
|
|
Refleksi pembelajaran bagi sessi makropengajaran di atas
A
Kekuatan
Sepanjang
pengajaran dan pembelajaran dijalankan , murid memberi respon yang baik . Ini
dilihat dari segi tindak balas murid memberi jawapan kepada soalan yang diberi
dan penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan . Keadaan ini berlaku
kerana isi pelajaran berkaitrapat dengan pengalaman murid – makanan yang
dimakan . Murid juga berasa seronok kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi
bersama rakan-rakan sekumpulan. Kerjasama dapat diamalkan semasa aktiviti
kumpulan dijalan. Selain itu penggunaan bahan bantu belajar yang disediakan
oleh guru dan murid-murid juga telah membantu pemahaman murid kepada tajuk
pelajaran . Saya juga telah menggunakan kekuatan suara untuk menarik perhatian
murid dan mengawal disiplin murid.
B Kelemahan
Saya
mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak faham maksud makanan seimbang
terutama semasa di awal pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun keadaan ini berubah di akhir pelajaran di mana
murid telah mengetahui maksud makanan
seimbang berserta jenis-jenis makanan. Selain itu, ada kalanya disiplin murid
tidak dapat dikawal terutama semasa aktiviti menjawab soalan dan aktiviti
kumpulan. Walau bagaimanapun keadaan ini dapat diatasi dengan kawalan disiplin
seperti menggunakan suara yang kuat dan memberi peringatan akan memberhentikan
aktiviti kumpulan yang membuat bising.
Saya juga berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menggunakan OHP
atau CD Rom sebagai alat bantu belajar kerana sekolah saya masih tidak ada
kelengkapan ini. Sekolah saya merupakan sekolah yang baru dibina. Masih dalam
pemasangan dan penambahbaikan peralatan.
C Cara mengatasi
1.
Saya
telah mengulangi beberapa bahagian isi pelajaran yang kurang difahami oleh
murid . Contoh : maksud makanan seimbang, kepentingan makanan seimbang.
2.
Menggunakan
alat bantu belajar yang dapat menarik minat murid seperti carta makanan
seimbang, Petikan di atas kertas putih @ kertas majun, gambar-gambar jenis
makanan mengikut zat , lembaran kerja bagi aktiviti kumpulan dan sebagainya.
3.
Penggunaan
suara yang pelbagai intonasi dapat
menarik tumpuan murid bagi mengikuti pelajaran.
4.
Melalui
penerangan tentang kepentingan makanan seimbang, saya berharap selepas
mengikuti pelajaran hari ini murid dapat mengamalkan cara pemakanan yang sihat.