Sunday 25 March 2012

Makanan Seimbang - RPH




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Tarikh                  :     24 Februari 2012                                         Masa     :    8.30 – 9-30 pagi
Hari                      :     2 Amanah                                        Bil. Pel  :    44 orang                                  
Mata pelajaran    :    Bahasa Malaysia
Tema                    :    Sihat dan Cergas
Tajuk                   :     Makanan Seimbang ( Piramid Makanan )
Fokus Utama       :    Standard Kandungan     
                                   2.5   Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang
                                            terdapat dalam pelbagai bahan
                                   2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan
                                            grafik dengan betul.
Standard Pembelajaran
                                   1.5   Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
                                           tepat menggunakan  sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
                                   1.5.2 Berceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat,
                                            sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat
                                            majmuk
Objektif           :      Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat
                                 i )   bercerita tentang zat-zat makanan dan contoh makanan
                                        berdasarkan Piramid Makanan dengan betul.
                                ii )   Membaca dan mengeja perkataan yang berkaitan dengan zat-zat
                                        makanan   dan contoh makanan dengan betul.
                               iii)   Menulis nama zat makanan dan  contoh  makanan dalam
                                       lembaran kerja dengan betul.

Pengetahuan sedia ada :   Murid ada pengalaman dan pengetahuan tentang makanan
                                             yang mereka makan setiap hari.
Konsep                           :    Makanan penting untuk kesihatan.
 Bahan Bantu Belajar   :    contoh makanan, Rajah Piramid Makanan,  kad perkataan,
                                              kad gambar, lembaran kerja
Nilai Murni                  :      Kebersihan,


Langkah/
Masa

Isi kandungan
Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
( 5 min)
Contoh makanan
1.  Guru meminta murid
     meneka barang-
     barang  yang ada di
     kotak .
2.  Bersoaljawab
     mengenai makanan
     yang dimakan oleh
     murid
1. Murid meneka    
    barang dalam
    kotak.
2.  Murid menjawab
     soalan mengenai
     makanan yang 
     dimakan.

    

Langkah 1
( 7 minit )
Slaid Piramid Makanan
2. Guru memaparkan
    Rajah Piramid
    Makanan dengan
    menggunakan slaid
    dan bersoaljawab
    tentangnya
     
     
  
   
2.  Murid memerhati
     slaid Rajah
     Piramid Makanan
     yang dipaparkan.


Langkah 2
Jenis-jenis zat makanan

1. Guru memberi
     penerangan tentang  
     zat-zat makanan dan
     contoh makanan

1.  Murid mendengar
      penerangan guru
      tentang zat-zat
      makanan dan
      contoh makanan.



Kesimpulan : Objektif pembelajaran tercapai. Semua murid dapat mengikuti PnP yang saya rancangan dan sepanjang proses PnP, murid-murid memberi kerjasama 100%


Wednesday 14 March 2012

Format Surat Kiriman Rasmi

Penulisan : Surat Kiriman Rasmi

1.
Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan, dan sebagainya.
2.
Surat kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri.
3.
Fahami tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.

Contoh Format Surat Kiriman Rasmi
 

Contoh surat kiriman rasmi yang lengkap 

Kompleks Penghulu,
Mukim Jorak,
12, Pekan Pagoh,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.

Ketua polis,
Balai Polis Daerah Muar,
Jalan Petrie,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.                                                         12 MAC 2012.    
                                     
Tuan, 

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh 

Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini. 
2.      Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan. 
3.       Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan. 
4.        Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain. 
5.        Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka. 
6.         Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin. 
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 
Yang menjalankan tugas,
            Mohiddin
(MOHIDDIN BIN YASMIN)
Penghulu Mukim Jorak

Monday 12 March 2012

Koleksi Pantun Nasihat

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

Angin teluk menyisir pantai   
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik             
   Hendak menjerat kancil dan rusa         
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                   
   Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da       
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi


 Buah pelaga makan dikikir   
    Dibawa orang dari hulu   
Sebarang kerja hendak difikir         
   Supaya jangan mendapat malu 

Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan   
   Bagai pohon tidak berbuah
 
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu   
   Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap             
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap             
   Jikalau silap awak yang bencana
 
Hendak belayar ke Teluk Betong           
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung             
   Bulat manusia kerana muafakat   

 Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
    Ditiup angin dari Selatan   
Layar dikembang kemudi dipaut 
    Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu   
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar           
  Tentu kita akan berjaya   

Jangan pergi mandi di lombong         
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti   
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati           
   Kerja yang susah menjadi senang 

Asam kandis mari dihiris           
    Manis sekali rasa isinya   
Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya 

Kayu bakar dibuat arang       
   Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
    Cermin muka lihat sendiri   

Selasih tumbuh di tepi telaga   
    Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga   
    Kasih saudara masa berada