Wednesday, 25 April 2012

RPH_MIKRO TEACHING


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Tarikh                  :     24 Februari 2012                                 Masa          :    8.30 – 9-30 pagi
Hari                      :     2 Amanah                                           Bil. Pelajar :  44 orang                                  
Mata pelajaran    :    Bahasa Malaysia
Tema                    :    Sihat dan Cergas
Tajuk                   :     Makanan Seimbang ( Piramid Makanan )
Fokus Utama       :    Standard Kandungan     
                                   1.5    Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
                                            tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang
                                            sesuai.
                                   1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang
                                            jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk  
Standard Pembelajaran
                                   2.2    Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
                                            pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
                                  2.2.1  Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang
                                            mengandungi dua atau tiga suku kata diftong, vokal
                                            berganding,  digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan
                                            yang betul.
Objektif           :      Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat
                                 i )   bercerita tentang makanan seimbang berdasarkan Piramid
                                       Makanan yang disediakan.
                                ii )  Membaca perkataan yang berkaitan dengan zat-zat makanan
                               iii)   Menyenaraikan  contoh-contoh  makanan berdasarkan zat
                                      makanan dan Piramid Makanan
Pengetahuan sedia ada :   Murid pernah mendengar istilah makanan seimbang dan 
                                            jenis makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan
                                            Seimbang
Konsep                           :    Makanan seimbang penting untuk menjamin kesihatan.
Nilai murni                    :    Kepentingan menjaga kesihatan
 Bahan Bantu Belajar   :      Carta Piramid Makanan, makanan sebenar,  gambar makanan, kad
                                             perkataan, manila kad,  lembaran kerja



Langkah/
Masa

Isi kandungan
Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
( 3 min)
Contoh makanan yang terdapat dalam kotak.
1.  Guru meminta 
      murid meneka
      makanan yang
      terdapat dalam kotak.
     
 2.  Guru bersoaljawab
     dengan murid
     mengenai makanan
     tersebut
  
1. Murid menyatakan
    makanan yang  ada di
    dalam kotak.
   
   
2. Murid menjawab
     soalan mengenai
     makanan tersebut.
    

    
KBKK :

NILAI :
Bekerjasama

ILMU ;
P Kesihatan
DST
P.Islam
Langkah 1
( 7 minit )
Carta Piramid Makanan Seimbang
Zat-zat makanan :
-  karbohidrat
-  lemak
-  protein
-  vitamin
1. Guru mempamerkan
     Carta Piramid
     Makanan
     Seimbang di papan
     putih

2   Guru menerangkan
     tentang Carta
     Piramid Makanan
     Seimbang  dari segi
     zat-zat dan contoh
     makanan.

3. Bersoaljawab
    dengan murid
    mengenai Carta
    Piramid Makanan
    Seimbang
 
1.  Murid meneliti
     Carta Piramid
     Makanan
     Seimbang yang
     dipamerkan di
     papan putih.
2   Murid mendengar
    penerangan guru
    tentang  zat-zat
    makanan dan contoh
    makanan berdasarkan
    Carta Piramid
    Makanan Seimbang.
3  Murid menjawab
    soalan guru.

KBKK
Langkah 2
( 12 minit )
Aktiviti kumpulan :
 a) Melengkap
     kan
    lembaran
    kerja.
b)  Menampal
     gambar
    makanan
    mengikut
    zat di atas
    kertas
   manila

1 Guru membahagikan
   murid kepada 6
   kumpulan.
2. Guru meminta setiap
    kumpulan melantik
    seorang ketua .
3.  Guru memberi
     arahan  kepada
     ketua
     kumpulan untuk
     menjalankan aktiviti
     kumpulan


1  Murid berada
    dalam  kumpulan
    masing-masing
2  Salah seorang
     Murid menjadi
     ketua kumpulan
3. Ketua kumpulan
    menyampaikan
    arahan guru
    kepada
    ahli kumpulan.

KBKK;

ILMU ;
PKesihatan
DST

NILAI ;
bekerjasama












Langkah 3
( 5 minit )
Ketua kumpulan membentang hasil kerja kumpulan.
1        Guru meminta ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
2        Guru membuat pemurnian terhadap jawapan murid.
  1. Ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.

  1. Murid-murid mengetahui jawapan yang telah dimurnikan oleh guru.



KBKK
Perbincangan

NILAI :
Berani
Kerjasama
Penutup
( 3 minit )
Rumusan :
Soalan-soalan
  1. Guru menyoal murid tentang pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.
  2. Guru memuji murid kerana memberi kerjasama semasa aktiviti kumpulan diadakan.
  1. Murid menjawab soalan guru tentang pelajaran hari ini.
  2. Murid mengamalkan kerjasama semasa membuat aktiviti kmpulan.



 Refleksi pembelajaran bagi sessi makropengajaran di atas

A    Kekuatan
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan , murid memberi respon yang baik . Ini dilihat dari segi tindak balas murid memberi jawapan kepada soalan yang diberi dan penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan . Keadaan ini berlaku kerana isi pelajaran berkaitrapat dengan pengalaman murid – makanan yang dimakan . Murid juga berasa seronok kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi bersama rakan-rakan sekumpulan. Kerjasama dapat diamalkan semasa aktiviti kumpulan dijalan. Selain itu penggunaan bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru dan murid-murid juga telah membantu pemahaman murid kepada tajuk pelajaran . Saya juga telah menggunakan kekuatan suara untuk menarik perhatian murid dan mengawal disiplin murid.

     B    Kelemahan
Saya mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak faham maksud makanan seimbang terutama  semasa di awal pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keadaan ini berubah di akhir pelajaran di mana murid telah mengetahui maksud  makanan seimbang berserta jenis-jenis makanan. Selain itu, ada kalanya disiplin murid tidak dapat dikawal terutama semasa aktiviti menjawab soalan dan aktiviti kumpulan. Walau bagaimanapun keadaan ini dapat diatasi dengan kawalan disiplin seperti menggunakan suara yang kuat dan memberi peringatan akan memberhentikan aktiviti kumpulan yang membuat bising.  Saya juga berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menggunakan OHP atau CD Rom sebagai alat bantu belajar kerana sekolah saya masih tidak ada kelengkapan ini. Sekolah saya merupakan sekolah yang baru dibina. Masih dalam pemasangan dan penambahbaikan peralatan.

      C    Cara mengatasi
1.      Saya telah mengulangi beberapa bahagian isi pelajaran yang kurang difahami oleh murid . Contoh : maksud makanan seimbang, kepentingan makanan seimbang.
2.      Menggunakan alat bantu belajar yang dapat menarik minat murid seperti carta makanan seimbang, Petikan di atas kertas putih @ kertas majun, gambar-gambar jenis makanan mengikut zat , lembaran kerja bagi aktiviti kumpulan dan sebagainya.
3.      Penggunaan suara yang  pelbagai intonasi dapat menarik tumpuan murid bagi mengikuti pelajaran.
4.      Melalui penerangan tentang kepentingan makanan seimbang, saya berharap selepas mengikuti pelajaran hari ini murid dapat mengamalkan cara pemakanan yang sihat.


No comments:

Post a Comment